dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Gotong-Royong Cegah Denggi Bersama Klinik Kesihatan Daerah Gua Musang

10 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2017, Klinik Kesihatan Daerah Gua Musang telah mengadakan Program Gotong-Royong Cegah Denggi bersama komuniti Felda Perasu. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan telah disertai oleh seluruh komuniti Felda Perasu. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran Felda Perasu yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes. Disamping itu, dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti Felda Perasu terutamanya bekerjasama dan tolong menolong di antara satu sama lain bagi mencegahan penyakit demam denggi.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:

  • Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  • Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  • Memupuk semangat kerjasama bagi pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  • Mewujudkan persekitaran yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:

  • Gotong-royong

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.