Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Perasu
Sekolah Kebangsaan Perasu atau nama ringkasnya SK Perasu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Perasu, dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Ia merupakan sebuah sekolah rendah kerajaan persekutuan Malaysia dibina bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka di Felda Perasu.Perasu ialah sebuah petempatan Melayu sebuah kawasan milik FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Perseketuan) yang pada asalnya penempatan semula bagi membangunkan tanah rancangan ini. Jarak SK Perasu ialah kira-kira 20 km dari bandar Gua Musang.
SK Perasu memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 223 orang. Sekolah ini, mempunyai seramai 20 orang guru dan 7 orang kakitangan yang bertugas. Kini sekolah ini berkembang pesat dengan guru yang silih berganti saban tahun.
Tabika Nur Izzat Felda Perasu
Seramai 25 orang kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun mendapat pendidikan awal di kelas Tabika KEMAS Felda Perasu (Tabika Nur Izzat Felda Perasu) dan Pra Sekolah.