Hari Sukan Negara Daerah Gua Musang
14 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2018, satu sambutan Hari Sukan Negara telah di adakan di daerah Gua Musang seperti mana yang di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program Hari Sukan Daerah Gua Musang di adakan di dataran KESEDAR Gua Musang. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan fizikal dan kesihatan mental kepada komuniti. Disamping itu, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah senamrobik dan beberapa pertandingan, iaitu penalty shoot out, netball shoot out,dart dan plank challenge. Terdapat gerai-gerai usahawan yang menjual kepada pengunjung yang hadir. Kehadiran peserta sekitar daerah gua musang ialah seramai 500 orang.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Memupuk semangat dalam bersukan dalam kalangan komuniti
• Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
• Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi program:
• Pertandingan Sukan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: