dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong-Royong Bersama Tabika Kemas Nur Izzat Felda Perasu

17 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2018, Tabika KEMAS Nur Izzat Felda Perasu telah menganjurkan program Hari Gotong-Royong Bersama Komuniti. Gotong-royong bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang turut disertai oleh pelajar tabika dan ibu bapa pelajar. Gotong-royong ini berlangsung di perkarangan Tabika KEMAS Nur Izzat Felda Perasu. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran Tabika yang bersih, kondusif, dan ceria bagi tujuan pembelajaran. Disamping itu, program ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti Felda Perasu terutamanya bekerjasama dan tolong menolong di antara satu sama lain.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
• Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang kebersihan dan kecerian tempat menuntut ilmu
• Mewujudkan sikap tolong-menolong dan kerjasama antara komuniti

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program:
• Gotong-royong

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.