Majlis Perhimpunan Mesra Jkkr Bersama Komuniti Felda Perasu
18 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2018, Majlis Perhimpunan Mesra JKKR Bersama Komuniti Felda Perasu telah berlangsung di Dewan Semai Bakti Felda Perasu. Seramai 250 orang komuniti sekitar Perasu telah hadir ke majlis ini. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Majlis ini turut di hadiri oleh tetamu jemputan luar iaitu, wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gua Musang dan Klinik Kesihatan Bandar Gua Musang. Antara pengisian majlis adalah pameran daripada pihak AADK tentang bahaya dadah, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah tentang bahaya dadah dan cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Mendedahkan tentang bahaya dadah
• Mewujudkan komuniti sihat fizikal dan mental
• Mewujudkan nilai kerjasama antara komuniti
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Taklimat dan pameran bahaya dadah
• Pemeriksaan kesihatan percuma
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: