Hari Terbuka PI Felda Perasu
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018, Pusat Internet Felda Perasu telah menganjurkan Hari Terbuka yang berlangsung di perkarangan PI Felda Perasu. Aktiviti ini bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang dan telah di hadiri oleh 250 orang dari komuniti setempat. Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat. Banyak aktiviti yang yang dianjurkan melibatkan komuniti, iaitu pertandingan Amazing ICT Race, demonstrasi masakan dari usahawan, sukaneka, latihan demontrasi kebakaran dari JBPM Gua Musang dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak. Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT komuniti juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Penerangan berkenaan keselamatan,waspada dan tanggungjawab ketika melayari internet
• Menambah ilmu ICT kepada komuniti
• Pendedahan latihan keselamatan ketika menghadapi situasi kebakaran
• Pendedahan cara membuat roti dan kek oleh usahawan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Tayangan video “Klik Dengan Bijak”
• Latihan menghadapi kebakaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: