Kelas ICT asas Microsoft Word
6 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2018, Pusat Internet Felda Perasu telah mengadakan kelas ICT menggunakan Microsoft Word bagi tujuan pembelajaran. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh 4 orang peserta. Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada peserta untuk menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyimpan gambar dan menaip bagi membuat kerja kursus yang di tugaskan oleh guru mereka di sekolah. Penerangan secara terperinci kepada peserta mengenai KDB, E-Waste dan Check Your Label turul dilaksanakan. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet (PI) Felda Perasu kepada komuniti.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri taklimat yang di berikan:
• Komuniti lebih peka terhadap fungsi Pusat Internet
• Mendedahkan kepada para peserta mengenai kepentingan keselamatan, tanggungjawab dan waspada di internet
• Menambah ilmu dalam bidang ICT terutama Microsoft Word
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi taklimat:
• Penerangan maklumat KDB, E-waste dan Check Your Label
• Memantapkan ilmu ICT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: