dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Sukan & Keluarga Mbfm Felda Perasu

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2018, satu sambutan Hari Sukan dan Keluarga MBFM Felda Perasu telah di adakan di Dewan Semai Bakti, Felda Perasu. Program tersebut bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam. Sambutan Hari Sukan ini merupakan suatu inisiatif program kepada komuniti setempat di mana ia adalah satu langkah untuk melahirkan komuniti sihat dari segi rohani dan jasmani.Disamping itu, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah senamrobik dan beberapa pertandingan sukaneka, iaitu tarik tali,tiup belon, semakin jauh semakin sayang, isi air dalam botol, berebut kerusi dan lain-lain lagi. Pertandingan bagi golongan belia lelaki turut di adakan antaranya badminton, dam haji, futsal dan karoom. Manakala acara bagi belia wanita ialah ikat kaki, susun bata, boling padang, dan tiup bola pingpong dalam cawan. Acara sebelah malam pula adalah pertandingan karaoke. Kehadiran peserta dianggarkan seramai 200 orang.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Memupuk semangat dalam bersukan dalam kalangan komuniti
• Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
• Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi program:
• Pertandingan Sukan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.