Kelas ICT asas Microsoft Word bersama Pelajar Asrama SK Perasu
03 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2018, Pusat Internet Felda Perasu telah mengadakan kelas ICT menggunakan Microsoft Word bagi tujuan pembelajaran. Kelas ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang dan telah disertai oleh 23 orang peserta. Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada peserta untuk mengenali simbol-simbol yang terdapat pada papan kekunci (keyboard). Disamping itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan perisian Microsoft Word bagi menyimpan gambar dan menaip untuk membuat kerja kursus yang di tugaskan oleh guru mereka di sekolah.Selain itu, kelas ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet (PI) Felda Perasu kepada komuniti.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Komuniti lebih peka terhadap fungsi Pusat Internet
- Menambah ilmu dalam bidang ICT terutama Microsoft Word
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pemantapan ilmu ICT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: