dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

MAJLIS MAULIDUR RASUL BERSAMA SK PERASU

23 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2018, Majlis Sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah telah diadakan di SK Perasu yang bermula pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat diikuti dengan perarakan murid-murid bersama dengan guru-guru, kaki tangan sekolah, ajk PIBG dan komuniti Perasu mengikut laluan di sekitar kampung berdekatan dengan sekolah.

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Alhamdulillah majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

  • Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
  • Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
  • Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dalam pasukan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.