TEMASYA SUKAN TAHUNAN BERSAMA SK PERASU
10 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Oktober 2018, Sekolah Kebangsaan (SK) Perasu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Temasya sukan ini bertempat di padang SK Perasu. Program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang yang di sertai oleh para pelajar. Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid.Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, aktiviti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara.
Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Memupuk semangat dalam bersukan dalam kalangan pelajar
- Mencungkil bakat bersukan dalam kalangan pelajar
- Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi program:
- Pertandingan Sukan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: