MINI KONVOKESYEN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS DUN NENGGIRI 2018
15 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2018, Tabika Kemas DUN Nenggiri telah mengadakan Mini Konvokesyen untuk kanak-kanak Tabika yang bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Perasu. Program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang yang di sertai oleh 21 buah Tabika seluruh DUN Nenggiri. Majlis berlangsung dengan meriah apabila turut diserikan oleh persembahan kanak-kanak Taska Permata Kemas Anakku Sayang.
Selain memberi pendedahan mengenai pendidikan ataupun ilmu sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar, tabika juga menjadi medan untuk kanak-kanak menonjolkan bakat masing-masing. Susulan itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan sentiasa memberi sokongan kepada anak masing-masing agar mereka tidak malu untuk menonjolkan kebolehan diri. Keadaan ini secara tidak langsung mampu membina lebih keyakinan dalam diri kanak-kanak agar tidak malu untuk berdepan dengan orang ramai pada masa akan datang.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Menghargai bakat dan kebolehan kanak-kanak Tabika
- Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Penyampaian Sijil dan Cenderahati
- Jamuan Makan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: