Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Peneroka Felda Perasu
6 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2019, satu Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Peneroka Felda Perasu telah diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Perasu dan telah didatangai oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), En. Ku Aziz Bin Raja Ali. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat Tahunan Koperasi kali ke-32 dan telah bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang dan telah dihadiri lebih kurang 150 orang peneroka Felda Perasu.
Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Che Sulaiman Bin Che Omar dan ucapan oleh pegawai SKM, En. Ku Aziz Bin Raja Ali. Mesyuarat Koperasi ini diadakan tiap-tiap tahun bagi memberikan bonus tahunan kepada ahli koperasi. Majlis ini bertujuan memberikan bonus tahunan dan mengeratkan hubungan antara ahli koperasi Felda Perasu.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menyertai aktiviti berkitan:
- Menerima bonus tahunan
- Mengeratkan hubungan antara ahli koperasi Felda Perasu
Berikut antara aktiviti yang dijalankan:
- Ucapan VIP
- Pemberian wang bonus kepada setiap ahli
- Mesyuarat agong koperasi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: