dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Berbuka Sekolah Kebangsaan Bersama Komuniti

21 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2019, Pihak Sekolah Kebangsaan Felda Perasu telah mengadakan Majlis Berbuka Sekolah Kebangsaan Bersama Komuniti Felda Perasu yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Felda Perasu. Aktiviti ini bermula pada jam 7.00 petang sehingga 8.00 malam dan telah disertai oleh masyarakat Felda Perasu. Aktiviti berbuka ini diselia oleh guru besar SK Felda Perasu, Nur Elena bt Abdullah dengan kerjasama dan bantuan daripada penduduk setempat. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk Felda Perasu. Di samping itu, aktiviti ini adalah untuk memberi peluang para guru untuk mengenali ibu bapa pelajar SK Felda Perasu. Majlis berbuka ini juga memupuk penduduk Felda Perasu untuk tolong menolong dan bekerjasama dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menyertai aktiviti berkitan:

  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli GPW dan masyarakat setempat.
  • Dapat menerapkan nilai murni di dalam diri peserta.
  • Para guru dapat mengenali ibu bapa kepada pelajar SK Perasu dengan lebih rapat

Berikut antara aktiviti yang dijalankan:

  • Menyediakan juadah berbuka puasa
  • Berbuka puasa bersama penduduk Felda Perasu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.