dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Peneroka Felda Seluruh Malaysia

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2019, Felda Perasu telah mengadakan Majlis Hari Peneroka Felda Seluruh Malaysia yang melibatkan ahli peneroka-peneroka di Malaysia dan Felda Perasu yang diadakan di Felda Selancar dengan kerjasama belia dan penduduk Felda. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan telah disertai lebih kurang 10 000 orang peserta yang terdiri daripada ahli peneroka di Seluruh Malaysia termasuk peneroka Felda Perasu.

Majlis ini juga turut disertai oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Tun DR. Mahathir Bin Mohamad sebagai VIP jemputan. Hari Peneroka Felda Seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh pihak Felda sempena menyambut hari peneroka. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara peneroka-peneroka Felda yang ada di seluruh Malaysia. Di samping itu, majlis ini adalah untuk memperkenalkan Felda-felda yang ada di Malaysia kepada orang ramai.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menyertai aktiviti berkitan:

  • Mengeratkan hubungan antara peneroka-peneroka yang hadir dari berlainan Felda
  • Peneroka yang lain dapat mengetahui mengenai Felda yang ada di Malaysia

Berikut antara aktiviti yang dijalankan:

  • Majlis Pembukaan
  • Ucapan VIP
  • Suai kenal antara peneroka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.