dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Hari Israk & Mikraj

4 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2019, Sekolah Kebangsaan Felda Perasu telah menyambut hari Israk dan Mikraj yang diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Felda Perasu. Majlis tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Sambutan ini disertai oleh pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Perasu. Majlis sambutan hari Israk dan Mikraj ini diselia oleh guru-guru daripada sekolah tersebut.

Sambutan Israj dan Mikraj ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada para pelajar berkenaan dengan peristiwa yang berlaku pada hari Israk dan Mikraj serta memberi kesedaran kepada pelajar untuk tidak melakukan dosa. Di samping itu, sambutan ini adalah untuk memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW untuk umatnya.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menyertai aktiviti berkitan:

  • Memperingati peristiwa yang telah berlaku pada hari Israj dan Mikraj.
  • Memberi peringatan kepada pelajar agar tidak melakukan dosa.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan:

  • Mendengar ceramah berkaitan Israk dan Mikraj.
  • Sesi pertanyaan kuiz berkaitan Israk dan Mikraj

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.