Program Promosi Kesihatan Komuniti
8 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Promosi Kesihatan Komuniti Komuniti dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Bandar Gua Musang dang kerjasama Felda Wilayah Gua Musang pada hari khamis, 7 November 2019. Program ini dijalankan terbuka untuk semua dimana semua penduduk boleh datang dan sertai proram tersebut.
Program ini diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Perasu, selama 5 jam bermula dari jam 8.00 pagi dan telah dihadiri oleh ramai warga Felda Perasu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah derma darah, isi boring Peka, cek gula dalam darah dan cek tekanan darah. Program tersebut mendapat sambutan yang meriahkan dan ramai penduduk Felda Perasu melibatkan diri menderma darah. Program tersebut tamat pada pukul 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: