dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Perasu, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Tadarus Al-Quran

22 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2019, satu Majlis Tadarus Al-Quran telah diadakan di Masjid Felad Perasu yang bermula pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ustaz Mokhtar Yaakob diikuti dengan bacaan tadarus secara berkumpulan. Terdapat lebih kurang 10 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang peserta.

Majlis tadarus in diketuai oleh Ustaz Mokhtar sendiri dan dibantu oleh beberapa orang ketua blok untuk setiap kumpulan. Majlis tadarus ini juga diadakan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta membantu satu sama lain mengenai tatacara bacaan yang betul. Alhamdulillah majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

  • Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dalam pasukan
  • Membantu sesama ahli kumpulan tentang tatacara bacaan Al-Quran yang betul
  • Menanam perasaan cintakan Al-Quran

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.