Program Senaman & Aerobik ringkas warga emas Felda Perasu
5 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniProgram senaman & aerobik ringkas untuk wargaemas ini telah dijalankan pada hari rabu jam 9.00 pagi – 11.30 pagi. Program ini adalah kerjasama antara penerokawati , pihak Felda, Kospen dan wakil pusat internet Felda Perasu. Program ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Semai Bakti Felda Perasu dan disertai lebih kurang 15 orang penerokawati.
Program ini diadakan bertujuan membentuk penerokawati yang lebih sihat. Selain aktiviti senaman dan aerobic, program ini juga memberi kemudahan kepada mereka untuk memeriksa tahap tekanan darah dan kandungan gula. Kemudahan ini dipantau dan disediakan oleh pihak Kospen kampung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: