Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 06 Disember 2021, Isnin, PEDi Felda Perasu telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah dianjurkan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) kepada Rakan Digital PEDi dan Pengurus PEDi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Taklimat pada ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Syafiq bin Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM. Taklimat ini berlangsung selama satu (1) jam dan tiga puluh (30) minit secara atas talian menggunakan Microsoft Teams.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Staf PEDi dan juga usahawan PEDi berkenaan program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah lama wujud tetapi kini pihak SSM mengambil inisiatif untuk bekerjasama bersama PEDi di seluruh Malaysia bagi menwar-warkan program yang dapat membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa untuk mendaftar perniagaan secara PERCUMA.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: