Pengurusan Kewangan Semasa Musim Pandemik
10 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ini dianjurkan oleh pihak Koperasi UMK Berhad dan disertai oleh staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan pada 8 hingga 9 Oktober 2021. Kursus ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Kursus ini diadakan bagi tujuan untuk melatih staf PIK dalam bidang keusahawanan. Taklimat keusahawanan ini disampaikan oleh En Hashim Bin Ahmad Shiyuti yang juga merupakan pelajar PHD di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Program ini bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PIK untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan peserta dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada komuniti setempat. Oleh itu, staff Pusat Internet dapat mengajar komuniti yang lain di pusat internet masing-masing bagi membantu usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: