Pengurusan Kerja Kumpulan
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ini dianjurkan oleh pihak Koperasi UMK Berhad dan disertai oleh staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan pada 22 Oktober 2021 selama 4 jam bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 Tengah Hari. Kursus ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Kursus ini diadakan bagi tujuan untuk melatih staf PIK dalam bidang keusahawanan serta kerjasama dalam satu kumpulan.
Taklimat kursus pada hari ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ghazali Bin Ibrahim yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Program ini bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PIK bagi menyelesaikan masalah serta cara bekerja dalam satu pasukan. Dari kursus ini, kami dapat belajar cara untuk bekerja dalam satu organisasi secara baik. Di tahap ini ahli dapat mencari jalan keluar untuk masalah yang diusahakan oleh ahli secara kolaboratif. Mereka juga saling bergantung kepada ahli satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: