Kelas Mc Word (Kerja Kursus Sejarah)
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Mc. Word ini dijalankan pada 15 Januari 2022. Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar perempuan tingkatan 5 yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi Felda Perasu. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi di PEDi Felda Perasu.
Pelajar dari Sek Men Keb Chiku 2 ini datang ke PEDi Felda Perasu untuk belajar asas Microsoft Word serta belajar cara untuk membuat peta bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka dengan bantuan dari staff PEDi untuk mengajar cara penggunaan Microsoft Word. Selain itu, kelas ini juga dijalankan bagi tujuan untuk mendedahkan pelajar kepada perisian yang ada dalam komputer seperti Microsoft Word serta kelebihannya.
Dengan wujudnya PEDi, pelajar-palajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik oleh bimbingan staff PEDi Felda Perasu. Selain itu, pelajar juga dapat mencetak kerja kursus tersebut di PEDi sebelum menghantarnya kepada guru masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: