Pertandingan Poster Kemerdekaan
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPertandingan Poster Kemerdekaan ini dijalankan selama 14 hari bermula dari 08 Ogos 2022 sehingga 21 Ogos 2022. Pertandingan ini terbuka kepada semua komuniti yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi yang berumur 4 tahun hingga 17 tahun. Pertandingan ini disertai oleh 16 orang peserta.
Bagi pertandingan poster kemerdekaan ini, peserta boleh menghantar penyertaan kepada staff PEDi dan setiap poster itu akan dimuat naik di Facebook PEDi Felda Perasu. Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat serta dapat meningkatkan daya kreativiti peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: