Program Latihan Jangkauan Portal Manfaat oleh LAKSANA
5 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Latihan Jangkauan Portal Manfaat ini disertai oleh pengurus dan penolong pengurus PEDi yang dipilih sahaja. Program ini berlangsung pada hari jumaat, 4 Mac 2022 dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Program Latihan Jangkauan Portal Manfaat ini telah disampaikan oleh pihak LAKSANA.
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih staff PEDi mengenai kelebihan dan kepentingan Portal Manfaat bagi membantu dan menggalakkan rakyat dan komuniti setempat untuk mengetahui tentang inisiatif kerajaan serta membangunkan komuniti setempat. Selain itu, Portal Manfaat ini harus menjadi portal rujukan utama rakyat dalam mengakses maklumat inisiatif kerajaan. Oleh itu, staff PEDi ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar dan pencerahan kepada komuniti yang mempunyai kekurangan fasih digital dengan menerangkan tujuan dan fungsi portal tersebut. PEDi juga memainkan peranan penting sebagai platform utama bagi pengguna untuk mencari maklumat dan memohon inisiatif kerajaan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: