Kelas Microsoft Word (Menyalin Nota Perkakasan Komputer)
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Mc. Word ini dijalankan pada 11 Jun 2022 (Sabtu), yang berlangsung selama satu jam bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Kelas ini disertai oleh 4 orang peserta lelaki dan 2 orang perempuan yang merupakan ahli PEDi Felda Perasu. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang asas komputer serta asas Mc. Word.
Di dalam kelas ini, peserta diberikan nota yang berkaitan dengan perkakasan komputer dan peserta dikehendaki menyalin semula nota tersebut. Dengan itu, peserta dapat belajar bagaimana cara untuk membuat menukar jenis tulisan, warna tulisan, menambah table, memasukkan gambar serta asas lain yang ada di dalam Mc. Word. Kelas ini berjalan dengan jayanya dengan bimbingan staf PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: